Sunday, 25 October 2020

PELUANG DAPAT BEG GUCCI FREE!

 Assalamualaikum. Hye semua! 

Rasa dah lama sangat tak update blog ni. Berhabuk dah. Hehe

Syaz nak bagitau korang ni. Sempena ULANGTAHUN SHAKLEE KE 25 bulan ni, Shaklee ada buat promo tau.

Yang lagi special, setiap pembelian promo set ni, anda akan dapat city bag inspired by GUCCI secara PERCUMA!!




Cantik sangat beg ni and multipurpose juga!

✅Boleh letak barang anak

✅Boleh letak telekung

✅Boleh jadi shopping bag

✅Sesuai untuk travel

So, macam mana nak dapat beg shantek ni? 

Anda boleh pilih sama ada untuk beli BEST SELLER SET atau VIVA VIVIX SET.





Kedua-dua set ni sangat bagus untuk menguatkan immune system badan kita memandangkan keadaan negara kita sekarang dilanda pandemik Covid-19.

Bukan itu saja, setiap pembelian promo set bulan ini juga, anda akan menikmati

👍FREE MEMBERSHIP

👍FREE POSTAGE

👍CAHSBACK 

Promo ni hanya valid sampai 31 Oktober ni saja tauu. So, siapa nak, kena cepat-cepat order dari syaz okeh?

Just klik di SINI untuk order 😉


Friday, 16 March 2018

Jangan Takut Dikecam!

Ingat tak dulu orang Boikot MCD? Sales MCD merudum teruk. Orang siap berkumpul depan Mcd utk boikot dan halang orang masuk. Pelbagai usaha dibuat utk jatuhkan Mcd. Ratusan blog dan page di social media yg kritik MCD dan educate org ramai jgn mkn mcd kerana support Israel. TAHU TAK ? Sales Mcd hari ni meningkat 3 kali ganda dari sales dulu lagi2 lepas kemunculan Ayam Goreng Mcd yg mencairkan hati rakyat Malaysia. Lebih panjang orang bratur sekarang.

Ingat nak orang boikot CADBURY sampai kedai-kedai terpaksa lelong harga tak masuk akal. Org tgk cadbury je org igt babi. Tetapi hari ni cadbury kembali jadi No 1 cokolat di Malaysia selepas buktikan ianya halal semula. Keywords is BUKTIKAN

Ingat tak kisah Dr Azizan yang digemparkan kerana FAKE PHD? 3 hari berturut-turut TV3 siarkan kisah beliau tentang kepalsuan PHD. Jumlah pserta Seminar IMKK merudum teruk Dan mereka terpaksa jual tiket IMKK dgn murah. Masa ni muncul bermacam2 page kutuk dan hina anak melayu ni. Sebut je nama Dr Azizan org akan cakap " ohh si PENIPU tu?" . Dan Dr aAzizan hanya keluar 1 shaja press statement dan terus berdiam diri. Tetapi HARI NI 9000 orang hadir ke seminar IMKK. Terkejut? 

Betul cakap orang, SELEPAS BANJIR, TANAH AKAN LEBIH SUBUR.
Mana pergi yang duduk depan MCD boikot gila2 dulu
Mana pergi muka- muka yg buang cadbury dlm tong sampah

Mana pergi haters dr azizan dan Doctors PHD yang kluar mcm2 statement tentang dr azizan?
Mungkin yg boikot Mcd tu tgh mkn ayam goreng mcd sekarang.
Maybe yg buang cadbury dulu sedang tengok anak2 mereka enjoy mkn cadbury dan dia sedang malu alah.

Mungkin haters sedang sakit hati tengok ramai update tentang IMKK di social media. OR ada haters yang pergi IMKK.

Apa yang cuba nak sampaikan adalah USAH GENTAR KALAU KENA KECAM atau DIKRITIK kawan apabila kita berniaga. Itulah adat berniaga.

Pesan mentor, tak perlu risau apa orang kata tetapi FOKUS TAMBAH NILAI DALAM KEHIDUPAN ORANG LAIN.

Peace!✌

Skincare YOUTH Shaklee Dah Launch di Malaysia!

Adakah anda orang yang mencari skincare 100% natural tapi dapat memberi kesan yang sangat memuaskan?

Yaa! Anda seharusnya membaca entry ini sampai habis. Sebab syaz akan share serba sedikit tentang skincare YOUTH dari Shaklee yang sangat menakjubkan ni!

Rangkaian penjagaan kulit YOUTH direka untuk untuk memastikan kulit anda sentiasa cantik dengan memperbaharui sel- sel kulit supaya anda nampak lebih muda daripada usia sebenar. 

Antara fakta yang anda perlu tahu tentang produk YOUTH:


  • 100% vegan
  • Hipoalergenik
  • Non- comedogenic
  • Diuji oleh ahli dermatologi
  • Diuji oleh ahli oftalmologi




Produk ini juga BEBAS lebih daripada 1,500 bahan kimia berbahaya seperti paraben, pengawet, mineral oil, pewarna sintetik, pewangi sintetik dan banyak lagi.

Produk YOUTH juga telah diuji dan hasil kajian mendapati 100% wanita telah dibuktikan secara klinikal memiliki kulit yang kelihatan lebih muda.

2/3 daripada wanita telah mengubah usia kulit (skin index) mereka kepada sedekad lebih muda! So, jika umur anda sudah mencecah 40 tahun tapi anda boleh memiliki kulit seperti 30 tahun. Best kan?

Produk skincare YOUTH sangat boleh dipercayai kerana dihasilkan secara klinikal oleh pakar kulit bertaraf dunia. Dan ada di antara para saintis yang mencipta YOUTH pernah terlibat dengan penghasilan skincare ternama di dunia seperti Estee Lauder, L'oreal dan sebagainya.

Apa yang ada dalam YOUTH?

1. Luminious gel oil cleanser

Membersih, menghalus dan menyediakan kulit anda secara lembut untuk wajah yang lebih berseri

2. Perfecting skin toner

Membersihkan sel kulit mati, menghidratkan dan membekalkan nutrisi kepada kulit anda

3. Age defense moisturizer SPF50

Melindungi, menyuburkan dan melembapkan kulit anda serta meningkatkan keseluruhan tona kulit.

4. Advanced Renewal Night cream

Menyokong proses pembaharuan sel kulit agar kulit tampak lebih muda, halus dan berseri.

5. Youth activating serum

Menjana dan memperbaharui kulit pada peringkat sel untuk kulit lebih berseri dan lebih muda

6. Radiance C + E

Tambah untuk kulit yang berseri. Menggebu, mencerah dan mengurangkan penampilan garis halus, kedutan, pigmentasi, menambah baik tekstur serta tona kulit yang lebih sekata.


Nak tengok hasil selepas menggunakan produk YOUTH ni? Haa nahh syaz belanja!












Haaa rasa nak cuba tak YOUTH ni? Kalau nak dapatkan dengan harga yang special, boleh order dengan syaz melalui whatsapp KLIK SINI

ATAU



💚 Direct call 013- 2562610
💚 Fb: Syaz Mansor
💚 Instagram: beaute.vita
💚 Walk in ke branch Shaklee terdekat dan gunakan ID: 1228204

Kisah Telur, Kentang dan Biji Kopi

Satu hari, sorang ayah merebus kentang, telur dan biji kopi dalam air yang panas.

Lepas mendidih, si ayah tadi keluarkan ketiga-tiga makanan tu dan masukkan dalam mangkuk. Lepas tu suruh anak dia pilih.




Mula-mula anak dia sentuh kentang tu. Dan dia rasa kentang tu lembut dan empuk.

Kemudian si ayah memintanya untuk mengambil telur dan memecahkannya. Setelah membuang kulitnya, dia dapati ia sebiji telur rebus. 

Akhirnya, si ayah memintanya untuk rasa sikit kopi. Aroma kopi yang kaya membuatnya tersenyum.

Kemudian si ayah menjelaskan bahwa kentang, telur dan biji kopi masing-masing telah menghadapi kesulitan yang sama, iaitu air mendidih.

Namun, masing-masing menunjukkan reaksi yang berbeza.

Kentang itu kuat dan keras. Namun ketika dimasukkan ke dalam air mendidih, ketang tersebut menjadi lunak dan lemah.

Telur yang rapuh, dengan kulit luar nipis melindungi bagian dalam telur yang cair sampai dimasukkan ke dalam air mendidih. Sampai akhirnya bhgian dalam telur menjadi keras.

Namun, biji kopi tanah yang paling unik. Setelah biji kopi terkena air mendidih, biji kopi mengubah air dan menciptakan sesuatu yang baru.

“Kamu termasuk yang mana, nak?” tanya si ayah kepada putrinya.

“Ketika kesulitan mendatangimu, bagaimana caramu dalam menghadapinya? Apakah kamu adalah sebuah kentang, telur, atau biji kopi?”

Moral of story : Dalam hidup ini, banyak sesuatu benda yang terjadi di sekitar kita. Banyak hal-hal yang terjadi pada kita. Tetapi satu-satunya hal yang benar-benar penting adalah apa yang terjadi di dalam diri kita.

Jadi, manakah diri anda? Apakah anda adalah sebuah kentang, telur, atau biji kopi?



5 Kelebihan Minum Air Putih

Kita selalu dengar orang kata nak cantik, nak sihat, kena banyak minum air masak. Betul tak? Tahukan anda bahawa 70% daripada badan kita adalah terdiri daripada air. 

Kekurangan air dalam badan boleh menyebabkan dehidrasi dan mengundang pelbagai penyakit. Kita perlu tahu bahawa manfaat minum air putih bagi kesihatan adalah amat penting untuk tubuh. 

Antara kelebihan minum air putih:

1. Menguruskan badan

Khabar gembira untuk para wanita yang tengah on diet. Air putih tidak mengandungi gula, kalori ataupun lemak dan ini ternyata mampu mengurangkan berat badan kita.

2. Meningkatkan Kesuburan

Air putih dapat menghasilkan hormon testosteron pada kaum adam dan hormon estrogen pada kaum hawa yang penting dalam usaha untuk mendapatkan zuriat.

3. Melancarkan sistem pencernaan

Minum air putih dengan kuantiti lapan gelas sehari akan melancarkan sistem pencernaan dan menghalang daripada sembelit

4. Melambatkan proses pertumbuhan zat yang menyebabkan kanser

Air putih bukan saja melambatkan proses pertumbuhan zat penyebab kanser tetapi juga dapat membantu mencegah penyakit hati dan ginjal.

5. Menyihatkan jantung

Air putih diyakini dapat menyembuhkan penyakit jantung. Bahkan hari ini sudah banyak perubatan yang alternatif yang memanfaatkan penggunaan air putih.

Banyak kan manfaat minum air putih ni? Ni baru sebahagian je, sebenarnya ada banyak lagi kelebihan bila kita amalkan minum air putih setiap hari.

So, lepas ni konsisten minum air putih sekurang- kurangnya 2 liter sehari okeh? Baru lah badan kekal sihat dan awet muda gitteww

Haid Tidak Teratur?

Setiap wanita mempunyai corak haid yang berbeza- beza. Sebagai seorang wanita, kita perlu mencatat tarikh datang haid setiap bulan, dan juga bilanya tarikh haid berhenti. Melalui cara ini, kita dapat mengetahui corak haid sendiri, berapa hari haid dan bersedia untuk menanti haid yang berikutnya.

Namun, haid yang tidak teratur boleh menjejaskan kesihatan seorang wanita. Itu mungkin adalah tanda-tanda anda mempunyai masalah perubatan yang tidak anda sedari seperti Polycystic Ovarian Syndrome (PCOS), masalah kelenjar tiroid, kencing manis yang tidak terkawal, ketumbuhan yang merembeskan hormon prolaktin. Pemeriksaan doktor akan dibuat untuk memastikan anda tidak mengalami mana-mana masalah kesihatan.

Berat badan berlebihan ataupun obesiti boleh menyebabkan ketidakseimbangan hormon estrogen di dalam badan wanita seterusnya menyebabkan gangguan kepada kitaran haid.

Bagi mereka yang sudah berkahwin, masalah haid tak teratur ni mungkin menyebabkan masalah susah hamil dan boleh menganggu hubungan suami isteri. So, jangan pandang remeh tentang masalah ini ye wahai kaum wanita.

Jadi, apa yang anda boleh lakukan untuk mengelak atau mengatasi daripada masalah ini berlaku?

Cara Mengelak dan Mengatasi Masalah Haid Tak Teratur:

1. Jaga pemakanan dan amalkan diet yang seimbang

Elakkan makanan berlemak dan amalkan pemakanan sihat supaya badan mendapat nutrisi yang cukup dan dapat berfungsi dengan baik

2. Kawal berat badan 

Jangan biarkan berat badan naik atau turun secara mendadak.

3. Bersenam dan amalkan gaya hidup sihat

Cuba ambil masa untuk bersenam sekurangnya sekali seminggu supaya badan kekal aktif dan sihat.

4. Bijak mengawal stress

Menguruskan hal peribadi, kerja, keluarga dan sebagainya dengan teratur dan rapi supaya tidak mengaggu emosi dan menyebabkan stress yang melampau.

5. Ambil ubat ikut jadual

Sekiranya ada mengambil pil perancang atau elak hamil, ikut jadual dan dose yang telah ditetapkan oleh doktor.

6. Amalkan supplement yang mengandungi Gamma Linolenic Acid (GLA)

GLA dapat membantu menstabilkan dan memperbaiki paras hormon dalam badan dan menggalakkan perjalanan haid yang lancar


Tak tahu mana nak dapatkan produk yang mengandungi GLA? Shaklee telah mengeluarkan produk yang dinamakan GLA COMPLEX yang khusus untuk membantu masalah hormon yang tidak stabil.




Antara kelebihan GLA COMPLEX adalah:

1. Mengawal selia estrogen dan testosteron 

 GLA membentuk prostaglandin untuk mengawal selia hormon lelaki dan wanita, memperbaiki simptom PMS seperti abdominal cramp, mood swing, payudara sakit dan berdenyut.

2. Melambatkan menopause 

Memperbaiki keadaan menopause seperti hot flashes, insomnia, ketidakhadaman, tekanan. Pengambilan jangka panjang melambatkan penuaan, membantu mengetatkan uterus, mengekalkan bentuk uterus dan kulit kelihatan lebih muda.

3. Memperbaiki masalah prostatomegaly

4. Menentang pertumbuhan sel tumor dan kanser

5. Menghalang komplikasi diabetes

6. Membantu pelangsingan dan mengelakkan pertambahan berat badan

7. Menghalang tekanan darah tinggi

8. Memperbaiki tekstur rambut


9. Memperbaiki inflamasi kulit




Cara Mendapatkan GLA COMPLEX Shaklee?

Sekiranya anda ingin membuat pesanan atau order B Complex Shaklee, boleh whatsapp syaz KLIK SINI

ATAU




💚 Direct call 013- 2562610
💚 Fb: Syaz Mansor
💚 Instagram: beaute.vita
💚 Walk in ke branch Shaklee terdekat dan gunakan ID: 1228204


Thursday, 15 March 2018

Bayar Yuran Master Guna Duit Shaklee?

Alhamdulillah lega syaz dah settle bayar yuran Master untuk semester kedua.

Syaz rasa sambung study kali ni satu benda yang mencabar sebab syaz tak ada ambik mana-mana pinjaman. Tak sama macam masa syaz Asasi n Degree dulu. Sepenuhnya ditanggung oleh biasiswa dan PTPTN.

Tapi Master kali ni memang semua yuran, belanja syaz tanggung sendiri. Masa ni syaz bersyukur sangat syaz dapat buat saving sendiri dengan duit dari bisnes Shaklee.

Syaz tak bole fikir macam mana nak mintak duit kat parents bila syaz tak ada income sendiri. Biasa lah bila kita dah besar ni mesti rasa segan nak mintak-mintak kat dorang lagi kan? Sepatutnya masa ni kita yang hulur duit kat dorang.

Bukan syaz sorang je tau yang guna duit bonus Shaklee untuk bayar yuran study. Ramai lagi yang buat benda sama macam syaz. Malah siap ada yang boleh settle kan hutang PTPTN berjumlah RM 35, 000 lagi dengan duit Shaklee. Hebat kan?

Sebenarnya konsep dalam bisnes Shaklee ni, bila kita usaha besar, insyaAllah bonus yang kita dapat pun besar. Siap boleh buat saving untuk diri sendiri dan anak- anak lagi.

Terima kasih ya Allah sebab temukan syaz dengan bisnes Shaklee masa syaz masih di usia muda.
Rasa puas dan rasa satu pencapaian bila dapat keluarkan duit sendiri untuk capai cita-cita syaz!

Alhamdulillah 'ala kulli hal
 ❤️











B Complex Shaklee

Assalamualaikum semua. Apa khabar? Lama rasanya syaz dah tak update blog ni. Berhabuk dah. Hehe.

So hari ni syaz rasa nak share pasal B Complex since sejak kebelakangan ni syaz dapat ramai customer yang order B Complex ni.

Bila dah ramai order maknanya memang B Complex Shaklee ni bagus dan berkesan lah kan? Hikss.

Sebenarnya vitamin B adalah antara vitamin yang badan kita perlukan untuk kekal sihat dan bertenaga. 

Macam mana nak tahu badan kita cukup vitamin B ke tak? Haa ni petanda- petanda bila badan kekurangan vitamin B:

✦ Insomnia
✦ Kurang selera makan
✦ Cepat stress
✦ Murung
✦ Sembelit
✦ Kurang konsentrasi
✦ Sistem saraf lemah
✦ Pembentukan abnormal sel





Vitamin B Complex yang terbaik adalah lengkap dengan kesemua 8 jenis vitamin B iaitu:


Thiamin (B1) - Menggalakkan pertumbuhan merangsang fungsi otak, membantu kesihatan sistem saraf, meningkatkan stamina, mencegah kelesuan, membantu sistem pencernaan dan stamina

Riboflavin (B2) - Memproses asid amino dan lemak, mengaktifkan vitamin B6 dan asid folik

Niacin (B3) - Membantu mengurangkan kolesterol dalam darah, membantu dalam kesihatan kulit yang baik, membantu sistem pencernaan

Pyridoxine (B6) - Vitamin utama dalam memproses asid amino. Mengawal serotonin dalam otak. Ketidakseimbangan serotonin akan menyebabkan depressi atau stress

Asid Folic - Bersama- sama vitamin B12 dalam penghasilan sel darah, membantu fungsi neurotransmitter dan aktiviti mengurangkan depressi dalam badan

Pantothenic Acid - Membantu mengurangkan stress dan penuaan pramatang

Cobalamin (B12) - Mengawal kesihatan sistem saraf dan membantu pembinaan sel darah.

Biotin






Apakah manfaat B Complex Shaklee?


1. Menghasilkan tenaga dan berperanan dalam membantu kemampuan berfikir.
2. Mengelakkan penyakit beri-beri.
3. Merangsang pertumbuhan pada kanak-kanak.
4. Diperlukan untuk kesihatan mata, kulit, kuku dan rambut.
5. Penting untuk sirkulasi dan fungsi normal sistem saraf.
6. Mencegah stress.
7. Menguatkan antibodi tubuh.
8. Amat penting untuk aktiviti sel genetik.
9. Diperlukan dalam pembentukan protein asid amino.
10. Diperlukan untuk memproses dan perbaikan sel-sel darah merah.
11. Mencegah anemia.
12. Diperlukan oleh ibu mengandung.

Bagaimana cara untuk mendapatkan B Complex Shaklee?


Sekiranya anda ingin membuat pesanan atau order B Complex Shaklee, boleh whatsapp syaz KLIK SINI

ATAU


💚 Direct call 013- 2562610
💚 Fb: Syaz Mansor
💚 Instagram: beaute.vita
💚 Walk in ke branch Shaklee terdekat dan gunakan ID: 1228204

Tuesday, 16 January 2018

Kelas Blogging di Embun Kemensah

Assalamualaikum dan selamat sejahtera. Syaz saje nak share pasal kelas blogging dengan Cikgu Fatin haritu dekat rumah Master Hj Roslan dan Master Faezah di Kemensah, Ampang.

Sejujurnya syaz baru je berjinak- jinak dengan blog ni hujung tahun 2017. Baru sangat kan? Memang banyak sangat benda yang syaz kena belajar. Dari cara nak pilih layout, cara nak buat blogwalking, copywriting untuk blog dan sebagainya.

Alhamdulillah syaz bersyukur sangat direzekikan group bisnes yang sangat supportive dan tak kedekut langsung dalam berkongsi ilmu. Tak kira lah ilmu bisnes ke, ilmu leadership ke, even belajar pasal blog ni pun tetap salah satu daripada ilmu.




Bak kata Master Hj Roslan, ilmu ni kita kena sentiasa upgrade dan ikut peredaran masa. Macam sekarang ni lagi laa segalanya online kan? So kita kena lah sentiasa bergerak seiring dengan kemajuan teknologi sekarang. Tak boleh biar diri kita tercicir di belakang.

Sepanjang kelas ni, macam- macam jugak syaz belajar daripada Cikgu Fatin. Yang bestnya cikgu ni melayan je semua anak- anak murid dia tanya. Haha! Sporting betul cikgu!

Lepas dah selesai kelas blogging, tiba lah turn Master Hj Roslan pulak untuk buat sesi short coaching. Memang benda wajib lah kalau jumpa uncle Roslan ni mesti kena buat coaching walaupun sekejap. Tapi setiap kali coaching tu, mesti ada je benda baru yang syaz dapat belajar daripada uncle yang dah ada pengalaman lebih 20 tahun dengan Shaklee ni.

Antara kata- kata uncle Roslan yang syaz sangat terkesan adalah,

"Set goal jangan guna logik akal. Tapi set lah dengan hati. Once kita dah set goal, Allah will make the arrangement. Allah nak susun macam mana, tu kerja Allah. Kita hanya perlu usaha bersungguh-sungguh"

InsyaAllah, syaz tak kan give up untuk kejar impian dengan shaklee. Banyak lagi target dan impian syaz nak capai dalam hidup ni. Selagi Allah bagi nyawa kita untuk hidup, selagi tu lah masih ada masa untuk kita usaha dan kejar segala impian kita.

Never give up with your dream!

Anda pun masih ada banyak impian nak capai dalam hidup? Tapi tak tahu nak cari jalan macam mane? Meh syaz tolong meh. Kita usaha sama- sama sampai jadi!

Once anda dah join team syaz, dah jadi tanggungjawab dan amanah syaz untuk bawak awak menuju kejayaan dan realisasikan semua impian awak. Yang penting, kita bersedia untuk berikan komitmen 200% pada bisnes ni dan bersedia dari segi mental dan fizikal.

Anda ada ciri-ciri yang syaz cari? Jangan segan- segan whatsapp syaz yaa 013-2562610






Magiknya RM1 !

Sebenarnya syaz fikir banyak kali jugak nak share cerita ni. Takut ada yang salah anggap.
Tapi syaz nak share jugak supaya korang bole rasa macam mana syaz pernah rasa.
Al kisahnya haritu syaz nak pegi KUIS. Nak settle kan hal konvo. Sekali masa otw tu syaz dah tak tahan sangat nak cari toilet.
So syaz pun decide la singgah masjid area situ. Sebab tak bole fikir da kat mane lagi ade toilet. Haha😂
Lepas da settle "lepaskan hajat", syaz pun keluarkan RM1 dari handbag. Nak masukkan dalam tabung masjid.
Yela kan. Dah lah syaz singgah masjid semata mata pegi toilet. At least RM1 tu kira macam syaz bayar sebab guna air masjid tu lah. Tak de la rasa serba salah sangat. Haha.
Dan apa yang syaz nak share lepas syaz settle urusan kat KUIS tu, masa otw nak ke Shaklee, memang berderet deret order masuk.
Like lepas satu customer mesej, masuk lagi mesej dari customer lain. Siap ade yang call masa syaz drive.
Dah laa macam dorang tau2 je syaz memang nak pegi Shaklee beli barang. Lepas tu semua order terus nak bank in je. Masa tu total order lebih RM1000 jugak.
Sepanjang drive tu syaz macam musykil jugak. Kenapa macam serentak je Allah hantar customer ni?
Padahal nak kata syaz post buat promo kat fb pun x de jugak. Nak post pun tak sempat masa tu sebab busy drive je.
Bila fikir2 balik, mungkin Allah gandakan balik rezeki syaz daripada RM1 yang syaz masukkan dalam tabung masjid pagi tu.
MashaAllah! Hebat sangat kuasa Allah kan?
Masa tu syaz betul2 yakin dengan quote "The Power of Sedekah".
Syaz share cerita ni bukan lah nak riak ke menunjuk ke apa. Tapi syaz nak share betapa hebatnya kuasa memberi tu.
Walaupun kita rasa orang lain sedekah lagi banyak dari kita, tapi yakin lah Allah akan balas lebih lebih lebih banyak lagi daripada apa yang kita sedekahkan tu.
Allah tak suruh pun kita sedekah sampai habis semua duit kita. Tapi sedekah lah ikut berapa yang kita mampu. Yang penting ikhlas dari hati.😊
Kalau kita rasa rezeki kita macam sempit, atau rasa hati kita tak tenang, try lah sedekah.
You'll feel the miracle 💓

























❤️


Monday, 8 January 2018

Kekurangan Vitamin C Mengakibatkan Skurvi

Skurvi mungkin penyakit yang jarang berlaku dalam masyarakat di negara ini tetapi ia bukanlah sesuatu yang asing dan berpunca daripada kekurangan vitamin C yang berpanjangan dalam diet seseorang.
Bagi mereka yang tidak gemar makan buah-buahan atau sayur-sayuran, selain tidak mengambil suplemen vitamin C, mereka tetap boleh terdedah kepada skurvi sekiranya keadaan itu dibiarkan dalam tempoh yang lama.
Skurvi boleh menyebabkan seseorang berasa lemah, mengalami kerosakan gigi, tulang rapuh, penghasilan kolagen terjejas, kekurangan darah, pendarahan pada gusi dan sekitar liang roma selain bulu roma berkerinting.
Tubuh manusia tidak mempunyai kemampuan untuk menghasilkan vitamin C dan ia perlu dimasukkan di dalam diet melalui pengambilan makanan yang kaya vitamin C.
Dengan mengambil buah-buahan, sayur-sayuran atau makanan yang ditambah vitamin C setiap hari, seseorang dapat mengelak daripada mengalami penyakit skurvi.
Kandungan vitamin C dalam tubuh boleh kehabisan dalam tempoh satu hingga tiga bulan dan ia perlu ditambah dari masa ke masa.
Penyakit itu dikesan berlaku sejak zaman purba lagi apabila rekod menunjukkan masyarakat Mesir seawal 1550 sebelum Masihi mengalami simptom skurvi.
Ia juga sering dialami oleh pelayar pada zaman Renaissance iaitu sekitar kurun ke-16 hingga ke-18 yang pada mulanya pernah disalah erti sebagai penyakit berjangkit.
Pada kurun ke-17, dua pakar perubatan iaitu John Woodall dan James Lind berjaya membantu mengurangkan kadar kematian akibat skurvi.
Woodall menyenaraikan jus lemon sebagai penawarnya dan menyarankan Syarikat Hindia Timur membekalkan jus berkenaan untuk pelayarnya pada 1617.
Manakala, pada 1747 pula Lind yang bertugas sebagai pakar bedah tentera laut mendapati buah oren dan lemon mampu menyembuhkan penyakit skurvi.
Bagaimanapun, Lind mengambil masa selama 41 tahun untuk meyakinkan Tentera Laut Diraja British supaya membekalkan jus limau kepada pelayarnya.
Sebaik jus limau dibekalkan kepada anak kapal, masalah kesihatan akibat kekurangan vitamin C dalam kalangan pelayar British berkurangan secara mendadak.
Pengetahuan mengenai kadungan vitamin C dalam makanan penting kerana ia boleh membantu meningkatkan sistem pertahanan badan seseorang.
Manusia mendapat 90 peratus jumlah vitamin C daripada sayur-sayuran dan buah-buahan tetapi kandungan vitamin C dalam makanan berkenaan boleh berkurangan sehingga 40 peratus apabila ia dimasak.
Pada masa sama, vitamin C yang juga dikenali sebagai asid askorbik mudah teroksida dan simpanan di dalam tubuh pula banyak digugat oleh faktor alam sekitar dan gaya hidup seperti merokok serta keadaan biologikal seperti keradangan atau mengambil zat besi secara berlebihan.
Faktor lain yang membawa kepada kekurangan vitamin C adalah sikap jahil mengenai pemakanan apabila ada yang mendidihkan jus buah, menyekat sesetengah makanan dalam diet, alahan ataupun mengalami masalah mengambil makanan secara oral.
Selain masalah pemakanan yang tidak seimbang, penyakit skurvi turut berlaku kepada pesakit anoreksia, mental, buah pinggang serta barah atau mereka yang mengelak makanan berasid.
Kematian secara mengejut boleh berlaku dalam kalangan pesakit skurvi, oleh itu memastikan vitamin C sentiasa cukup dalam diet adalah kunci utama rawatan.
Apabila dirawat dengan betul, skurvi adalah penyakit yang mudah sembuh. Semua masalah berkaitan skurvi akan sembuh dalam masa beberapa minggu sekiranya mendapat dos tepat untuk menampung semula simpanan vitamin C di dalam tubuh.
Sebaik pesakit skurvi diberikan dos vitamin C yang cukup, pendarahan secara spontan akan berhenti dalam masa sehari, sengal otot dan tulang akan hilang dengan cepat, pendarahan dan kesakitan gusi akan pulih dalam tempoh antara dua ke tiga hari dan perubahan warna kulit akibat pendarahan pula pulih secara perlahan-lahan dalam tempoh 12 hari.
Antara makanan yang kaya dengan vitamin C ialah buah-buahan sitrus terutamanya limau gedang dan lemon, buah beri, tembikai susu dan sayur-sayuran termasuk brokoli, bayam, lada hijau, tomato, kentang serta kubis.
Golongan berisiko mendapat penyakit skurvi
1. Bayi yang hanya diberikan susu lembu dalam tempoh satu tahun usianya.
2. Individu yang gemar mengambil alkohol.
3. Mereka yang suka mengamalkan diet ikutan.
4. Golongan yang berusia yang gemar makan roti dan teh saja.
5. Pesara yang tinggal sendirian.
6. Mereka yang gemarkan makanan ringan.
7. Golongan susah dari segi kewangan dan mengelak membeli buah atau sayuran.
8. Pelarian yg ­hanya mendapat bekalan makanan terhad.
9. Perokok.
10. Wanita mengandung atau sedang menyusukan bayi. Mereka memerlukan lebih banyak vitamin C.
11. Pesakit aneroksia.
12. Pesakit diabetes jenis satu.
13. Pesakit buah pinggang yang menjalani dialisis.
14. Mereka yang pernah menjalankan pembedahan pintasan gastrik untuk mengurangkan berat badan.
15. Mereka yang memiliki kandungan zat besi terlalu tinggi dalam badan.


Sumber daripada: www.hmetro.com.my

PELUANG DAPAT BEG GUCCI FREE!

 Assalamualaikum. Hye semua!  Rasa dah lama sangat tak update blog ni. Berhabuk dah. Hehe Syaz nak bagitau korang ni. Sempena ULANGTAHUN SHA...