Sunday, 7 January 2018

The Magic of Vision Board (VB)

Korang pernah tak dengar vision board atau singkatan dia VB? Vision board atau VB ni adalah senarai impian korang nak capai dalam masa tertentu tapi diterjemahkan dalam bentuk gambar. 

Sebenarnya VB ni sangat penting untuk orang yang berbisnes tau. So kita nampak apa visi dan misi kita nak capai dalam tempoh tertentu.

Sebaiknya VB ni diletak pada tempat yang kita selalu tengok. Contohnya dalam bilik, sebelah cermin, dekat soho, meja study dan sebagainya.

Bila hari- hari kita pandang VB, kita akan rasa bersemangat dan yakin nak capai semua impian kita. Yang bagusnya VB ni, bila mood malas kita datang atau tetiba kita rasa down, dan bila terpandang je VB, terus tak jadi nak malas-malas dah. Hehe. Power kan?

Tapi VB ni bukan magik tau. Buat- buat terus dapat capai semua. Kena lah seiring dengan usaha yang bersungguh sekali. Allah tak kan bagi pada orang yang usaha sambil lewa je. Betul tak?


So, kat sini syaz nak share APA PERKARA YANG BOLEH LETAK DALAM VISION BOARD?

1. Orang yang kita sayang

Dalam hidup kita mesti lah ade insan yang kita sayang kan? Tak kisah lah mak, ayah, adik- beradik, suami, isteri, best friend dan sebagainya. So sebaiknya dalam VB ni kita selitkan tentang mereka sekali.

Contohnya: Berimpian untuk bawak mak ayah pergi haji pada bulan Oktober tahun ni

2. Kesihatan dan kediaman

Kalau kita masih belum ada rumah, mungkin kita bole letakkan dalam VB kita, target bila kita nak beli rumah pertama. Atau kalau dah ade rumah, maybe kita nak renovate bagi lagi cantik.

Untuk kesihatan pulak, mungkin kita boleh letak azam untuk ambil makanan tambahan secara konsisten atau nak jogging 2 kali seminggu. Semua tu kita boleh letak dalam VB supaya kita tahu apa kita nak dalam hidup.

3. Ilmu

Semakin kita hidup, semakin banyak benda kita kena belajar. Betul tak? So kita pun boleh masukkan sekali dalam VB ni apa ilmu baru yang kita nak teroka sepanjang tahun tu. Lepas tu, start membaca, join seminar, kelas dan sebagainya.

Sebagai contoh, tahun ni kita berazam nak belajar tentang ilmu hartanah dan pelaburan.

4. Kekayaan dan sumbangan

Selalu kan dengar pepatah, "tangan yang memberi lebih baik daripada yang menerima". Dalam VB jugak kita boleh catatkan, berapa banyak kita nak memberi, sedekah pada anak yatim atau orang miskin.

And dalam VB pun kita boleh tulis berapa banyak kita nak buat simpanan setiap bulan, berapa banyak untuk tabung pendidikan anak, tabung pelaburan dan sebagainya.

5. Travel

Siapa yang kat sini tak suka travel? Semua orang mesti suka kan? Syaz pun suka sangat kalau dapat pergi ke tempat atau negara orang. Sebab kita boleh belajar banyak benda sepanjang bermusafir ni.

So, letak lah kat VB kita tu ke mana kita nak pergi tahun tu. Kita target bila dan dengan siapa kita nak travel nanti. Bila terpandang VB, mesti rasa excited dan semangat untuk usaha betul-betul sampai impian nak travel tu tercapai. Kan?

6. Ibadah

Kita sebagai hamba ni kena sentiasa upgrade ibadah kita dari hari ke hari. Makin berusia, sepatutnya makin banyak la ibadah kita. Betul tak?

Dalam VB kita boleh letak jugak apa amalan kita nak istiqamah buat setiap hari. Contohnya sebelum ni tak pernah solat dhuha, kita tulis kat VB tu nak dhuha setiap hari. 

Vision board ni bergantung kepada ke-kreatif-an masing- masing. Anda boleh tampal atas manila card, foam board, whiteboard atau apa saje bahan yang bole anda nampak setiap hari dengan jelas.

Kalau nak nampak menarik, tampal gambar-gambar dan masa-masa  bila kita nak capai impian tu sekali. InsyaAllah, bila kita tulis apa kita nak, Allah akan bantu untuk realisasikan.

Yang penting, kita kena usaha, doa dan tawakal sepenuhnya pada Allah. So, selamat melakar VB anda!





No comments:

Post a Comment

PELUANG DAPAT BEG GUCCI FREE!

 Assalamualaikum. Hye semua!  Rasa dah lama sangat tak update blog ni. Berhabuk dah. Hehe Syaz nak bagitau korang ni. Sempena ULANGTAHUN SHA...