Assalamualaikum dan selamat sejahtera. Syaz saje nak share pasal kelas blogging dengan Cikgu Fatin haritu dekat rumah Master Hj Roslan dan Master Faezah di Kemensah, Ampang.
Sejujurnya syaz baru je berjinak- jinak dengan blog ni hujung tahun 2017. Baru sangat kan? Memang banyak sangat benda yang syaz kena belajar. Dari cara nak pilih layout, cara nak buat blogwalking, copywriting untuk blog dan sebagainya.
Alhamdulillah syaz bersyukur sangat direzekikan group bisnes yang sangat supportive dan tak kedekut langsung dalam berkongsi ilmu. Tak kira lah ilmu bisnes ke, ilmu leadership ke, even belajar pasal blog ni pun tetap salah satu daripada ilmu.
Bak kata Master Hj Roslan, ilmu ni kita kena sentiasa upgrade dan ikut peredaran masa. Macam sekarang ni lagi laa segalanya online kan? So kita kena lah sentiasa bergerak seiring dengan kemajuan teknologi sekarang. Tak boleh biar diri kita tercicir di belakang.
Sepanjang kelas ni, macam- macam jugak syaz belajar daripada Cikgu Fatin. Yang bestnya cikgu ni melayan je semua anak- anak murid dia tanya. Haha! Sporting betul cikgu!
Lepas dah selesai kelas blogging, tiba lah turn Master Hj Roslan pulak untuk buat sesi short coaching. Memang benda wajib lah kalau jumpa uncle Roslan ni mesti kena buat coaching walaupun sekejap. Tapi setiap kali coaching tu, mesti ada je benda baru yang syaz dapat belajar daripada uncle yang dah ada pengalaman lebih 20 tahun dengan Shaklee ni.
Antara kata- kata uncle Roslan yang syaz sangat terkesan adalah,
"Set goal jangan guna logik akal. Tapi set lah dengan hati. Once kita dah set goal, Allah will make the arrangement. Allah nak susun macam mana, tu kerja Allah. Kita hanya perlu usaha bersungguh-sungguh"
InsyaAllah, syaz tak kan give up untuk kejar impian dengan shaklee. Banyak lagi target dan impian syaz nak capai dalam hidup ni. Selagi Allah bagi nyawa kita untuk hidup, selagi tu lah masih ada masa untuk kita usaha dan kejar segala impian kita.
Never give up with your dream!
Anda pun masih ada banyak impian nak capai dalam hidup? Tapi tak tahu nak cari jalan macam mane? Meh syaz tolong meh. Kita usaha sama- sama sampai jadi!
Once anda dah join team syaz, dah jadi tanggungjawab dan amanah syaz untuk bawak awak menuju kejayaan dan realisasikan semua impian awak. Yang penting, kita bersedia untuk berikan komitmen 200% pada bisnes ni dan bersedia dari segi mental dan fizikal.
Anda ada ciri-ciri yang syaz cari? Jangan segan- segan whatsapp syaz yaa 013-2562610
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
PELUANG DAPAT BEG GUCCI FREE!
Assalamualaikum. Hye semua! Rasa dah lama sangat tak update blog ni. Berhabuk dah. Hehe Syaz nak bagitau korang ni. Sempena ULANGTAHUN SHA...

-
Korang pernah tak dengar vision board atau singkatan dia VB? Vision board atau VB ni adalah senarai impian korang nak capai dalam masa terte...
-
Bila sebut ESP, mesti sangat sinonim dengan perempuan. Sampai ramai yang anggap hanya perempuan je yang perlukan ESP. Tapi sebenarnya tidak...
No comments:
Post a Comment