Ramai yang merungut bila berat badan mula naik mendadak dan rasa susah untuk turunkan balik. Sebenarnya tak susah pun kalau anda tahu cara untuk kurus dengan betul. Syaz akan share dengan anda beberapa tips mudah untuk kurus. Selamat mencuba!
#1 Jangan Berlapar Dalam Pemakanan
Makanan memberi kita tenaga dan bila kita menggunakan tenaga kurang dari apa yang kita ambil, tubuh akan terkejut. Tubuh akan mula membakar ‘muscle'(otot) untuk menggantikan makanan. Ini menyebabkan kadar metabolisma tubuh menjadi rendah.
Bila anda tidak tahan berlapar, pada kebiasan nya anda akan makan dengan lebih banyak. Pada masa ini, walaupun tahap pengambilan makanan anda telah kembali ke paras normal, tetapi metabolisma tubuh masih lagi rendah. Ini menyebabkan ia tidak membakar kalori pada tahap yang sama lagi.
#2 Minum Sekurang-Kurangnya 8 Gelas Air Kosong Setiap Hari
Air mengurangkan selera makan anda secara semulajadi dan membantu badan memetabolisma simpanan lemak di dalam tubuh. Sebelum makan makanan yang berat-berat, cuba minum air, pasti anda tidak akan makan dengan banyak.
#3 Elakkan Minum Minuman Yang Bergas
Minuman bergas biasanya mengandungi 7-8 sudu gula dan sangat tidak baik untuk kesihatan tubuh. Pengambilan gula yang berlebihan boleh meningkatkan berat badan dengan mudah.
#4 Jangan skip sarapan pagi
Ini adalah salah satu kesilapan besar bagi mereka yang nak diet iaitu selalu SKIP sarapan pagi. Sarapan sangat penting untuk badan sebab makanan yang kita makan waktu pagi menjadi sumber tenaga yang utama untuk memulakan hari yang sihat. Bila anda tak sarapan, percaya lah anda akan makan lebih banyak ada waktu lunch. Sia- sia lah usaha anda nak kurus nanti. Hehe.
#5 Elakkan "fast food" atau makanan berproses
Bagi anda yang nak kuruskan badan, memang penting sangat untuk memilih makanan yang sihat. Perbanyakkan makan sayur-sayuran dan buah- buahan. Cuba elakkan makan terlalu kerap fast food seperti McD, KFC, pizza dan sebagainya. Sebab kebanyakan fast food sangat tinggi kalori dan menyumbang lemak kepada badan.
#6 Banyak berjalan atau jogging
Kalau anda seorang yang sibuk, tak ada masa untuk jogging, jangan risau! Anda hanya perlu banyakkan berjalan je. Macam mana? Senang saja. Tiap kali pergi kerja atau ke mana- mana tempat, park kenderaan anda jauh sikit daripada entrance. Jadi, anda akan "terpaksa" berjalan kaki, dalam masa yang sama anda telah membakar lemak secara tak sedar. Mudah kan?
#7 Amalkan supplement atau makanan tambahan
Ini adalah salah satu cara paling mudah dan cepat untuk kuruskan badan. Anda tak perlu menahan lapar sehingga menyiksa perut sendiri. Dengan pengambilan supplement, ia akan membantu anda melengkapkan nutrisi dalam badan seterusnya mempercepatkan proses membakar dan membuang lemak- lemak jahat. Supplement akan membantu proses menurunkan badan secara efektif dan selamat.
Jika anda berminat untuk tahu cara kurus dengan mudah dan natural bersama Shaklee, boleh whatsapp atau call syaz di talian 013-2562610
No comments:
Post a Comment