Wednesday, 27 December 2017

Peppermint- Ginger Plus Legakan Masalah Angin dalam Badan

Assalamualaikum dan salam sejahtera. InsyaAllah entri kali ni syaz akan ceritakan tentang Peppermint- Ginger Plus Shaklee yang sangat membantu dalam merawat atau mencegah masalah:

  • loya
  • gastrik
  • mabuk laut
  • sendawa
  • penghadaman
  • morning sickness
Peppermint- Ginger Plus Shaklee adalah kombinasi 4 herba dari timur dan barat iaitu Daun Pudina, Halia, Adas dan Cekur Manis. Ia dihasilkan di bawah prosedur standard dengan melalui penggunaan teknologi sains terkini.

Daun pudina dan halia digunakan secara tradisional dan turun temurun dalam menenangkan dan melegakan perut. Ia juga membantu melawaskan penghadaman.

Apa manfaat utama Peppermint- Ginger Plus?

1. Pudina

Melegakan otot perut kerana mempunyai kesan penenang. Membantu dalam penghadaman, mabuk laut/ darat, membantu melegakan gastrik, pedih hulu hati dan cirit- birit.

Selain itu, ia melegakan kesan sampingan seperti muntah dan kehilangan selera makan yang timbul daripada rawatan kemoterapi.

Pudina merangsang mengeluarkan peluh, oleh itu ia menyekat demam apabila seseorang itu dijangkiti selsema. Perasaan sejuk dan menyegarkan daripada pudina membantu memelihara pemikiran yang jelas dan tetap fokus.

2. Halia

Masyarakat Cina telah menggunakan halia lebih daripada 2 ribu tahun. Halia merangsang rembesan enzim Salvia untuk pencernaan makanan. Ia melegakan ketidakselesaan perut dan usus, sakit haid, loya dan mual angin ketika mengandung, selepas melahirkan anak (semasa berpantang).

Satu kajian di United Kingdom menunjukkan bahawa halia menghalang muntah selepas pembedahan pesakit wanita. Penyelidik di Switzerland mendapati halia adalah berkesan sebagai remedi lain seperti merawat mabuk laut. 

Laporan penyelidikan awal telah merumuskan bahawa halia adalah berkesan dalam merawat/mencegah masalah kesakitan ketika dalam perjalanan/ pengembaraan.

3. Pokok Adas (fennal)

Orang- orang Eropah mengambil biji adas selepas makan untuk menghilangkan kembung perut. Ia melegakan sakit perut, melegakan gejala flu. Ia juga dapat membantu dalam masalah alergi pada saluran usus.

4. Cekur Manis (anise)

Digunakan oleh orang- orang Mesir Purba untuk melegakan masalah pencernaan dan gejala kesakitan haid, batuk, dan kahak. 

Merangsang rembesan jus gastrik untuk pencernaan, menahan kulat yang menyebabkan penyakit kulit yang biasa, melegakan haba di musim panas dan lembap, memberi peredaran tenaga dalam badan dan lembut pada perut.

Jika anda berminat untuk mencuba Peppermint- Ginger Plus Shaklee, boleh hubungi syaz di whatsapp 013-2562610

No comments:

Post a Comment

PELUANG DAPAT BEG GUCCI FREE!

 Assalamualaikum. Hye semua!  Rasa dah lama sangat tak update blog ni. Berhabuk dah. Hehe Syaz nak bagitau korang ni. Sempena ULANGTAHUN SHA...