Saturday, 23 December 2017

Master Rally Shaklee 2017 di Hotel Istana, KL

Selama lebih setahun syaz join dalam bisnes Shaklee, ini adalah kali pertama syaz pergi ke Master Rally Shaklee. Event ini diadakan untuk meraikan mereka yang telah berjaya mencapai rank Master Coordinator (rank tertinggi dalam Shaklee) pada tahun tersebut. 




Dan waktu syaz pergi ni, Shaklee meraikan Master Dr. Hasifah iaitu seorang doktor di salah sebuah hospital swasta dan Master Syahirah, seorang pharmacist. Mereka berdua ni antara orang yang paling cepat capai rank master iaitu Master Hasifah dalam tempoh setahun dan Master Syahirah ambil masa 7 bulan sahaja!




Apa yang syaz teruja sangat dengan Shaklee ni adalah mereka sangat sangat menghargai dan meraikan setiap kejayaan para leaders. Dalam event ni jugak, mereka yang berjaya rank up mana-mana level (dari Supervisor hingga Senior Key Coordinator) turut diraikan di atas pentas untuk menerima saguhati daripada Shaklee. Best kan?

Bila kita dah berusaha keras dan bersusah- payah untuk capai sesuatu, dan ada pihak yang menghargai dan meraikan kejayaan kita tu, pasti kita rasa kejayaan tu lebih bermakna dan usaha kita tak kan jadi sia-sia kan? 

Itu lah salah satu keistimewaan yang ada dalam Shaklee yang syaz tak bole cari kat tempat lain. Dalam Master Rally ni jugak, syaz dapat banyak ilmu baru tentang nutrisi terutamanya dalam produk Shaklee.

Macam haritu, salah sorang nutritionist Shaklee explain tentang produk baru Shaklee yang bakal dilancarkan iaitu COEnzyme Q10. Beruntung syaz datang event ni sebab dah tahu dulu tentang produk yang belum keluar lagi kat pasaran. Maknanya, mereka yang hadir haritu jadi orang terawal yang tahu pasal produk dan fungsi COEnzyme Q10 ni.

Apa lagi yang best tentang Master Rally ni? Of course laa masa sesi success sharing! Kedua- dua master yang diraikan haritu diberi peluang untuk berkongsi tips bisnes dan perjalanan kejayaan mereka dalam bisnes Shaklee.

Memang pelbagai cabaran dan dugaan mereka perlu tempuh sebelum mencapai rank tertinggi dalam Shaklee ni. Ye la kan, mana ada kejayaan yang datang bergolek tanpa diuji dengan cabaran dan kegagalan. Betul tak?

Satu benda yang syaz dapat belajar daripada kedua- dua master ni, mereka sangat taat dan dengar kata mentor. Setiap apa yang mentor mereka suruh, mereka akan terus buat dan buat! Tanpa ada persoalan apa tah lagi rungutan. Itu lah rahsia besar kejayaan mereka yang buat mereka boleh mencapai rank tertinggi Shaklee ni dalam masa yang sangat singkat!

Syaz rasa bersyukur sangat Allah gerakkan hati syaz untuk hadir Master Rally ni. Bukan setakat dapat pengalaman, tapi dapat ilmu baru dan sedut aura orang- orang yang dah berjaya. InsyaAllah lepas ni syaz tak nak lepaskan peluang lagi untuk join event- event Shaklee yang akan datang.

I'm proud to be a part of Shaklee family!💚






No comments:

Post a Comment

PELUANG DAPAT BEG GUCCI FREE!

 Assalamualaikum. Hye semua!  Rasa dah lama sangat tak update blog ni. Berhabuk dah. Hehe Syaz nak bagitau korang ni. Sempena ULANGTAHUN SHA...