DIA BOLEH LAA..
Dia boleh laa dia muka cantik, ramai nak beli kat dia.
Dia boleh laa dia artis, ramai follower.
Dia boleh laa dia doktor, ramai orang senang percaya.
Sedar tak sedar sebenarnya kita telah mencipta alasan supaya kita rasa selesa. Tak perlu berusaha untuk berjaya.
Sedangkan kita nak berjaya untuk siapa? Bukan untuk diri sendiri jugak ke?
Allah itu MAHA ADIL.
Tak ada satu pun manusia yang dicipta atas muka bumi ni cukup sempurna. Langsung tak ada cacat cela.
Dan tak ada manusia yang Allah cipta dengan penuh keburukan tanpa ada satu pun kebaikan.
Mungkin dia ada kelebihan kat bahagian ni, tapi lemah di tempat lain.
Atau mungkin dia ada kekurangan di bahagian lain, tapi pasti ade hebatnya di mana-mana.
Berhenti lah memandang rendah dengan diri sendiri. Kita semuanya HEBAT!
Allah dah kata, manusia adalah sebaik baik ciptaan.
Tapi kenapa kita tak nak bersyukur segala kelebihan yang ada pada diri kita.
Tugas kita hanya CARI dan MANFAATKAN kelebihan diri yang Allah kurniakan pada kita.
Berhenti mengomel. Dan mula BERTINDAK.
Cukup-cukup beri alasan pada diri.
Mulakan mengejar IMPIAN.
Kerana kejayaan itu bukan lah sesuatu yang mustahil untuk dicapai.
Setiap orang layak untuk berjaya.
Cuma kita yang PILIH nak berjaya atau tak.
Kerana hidup ini sentiasa penuh dengan pilihan
😊

No comments:
Post a Comment