Waktu syaz study degree dulu, syaz memang buat pinjaman PTPTN secara penuh. Disebabkan study kat IPTS, so yuran satu semester dia memang berganda- ganda lebih mahal daripada IPTA.
Kalau IPTA yuran satu sem tak cecah RM2K, tapi syaz study dulu satu sem saje yuran RM5-6K. Tu baru satu sem. Kalau 8 sem? Haa memang berpuluh-puluh ribu lah kene buat pinjaman gamaknya.
So bagi students yang dah buat atau bakal memohon pinjaman PTPTN, syaz share beberapa perkara yang korang kena ambil tahu untuk manage duit tu;
1. Asingkan yuran pengajian awal-awal
Yang ni syaz tau ramai terlepas pandang. Disebabkan student ni terlalu excited dapat duit beribu-ribu dalam akaun, habis dia guna semua duit tu untuk berjoli.
Tapi bila sampai hujung sem, tersangkut tak boleh ambil exam sebab tak bayar yuran. Duit baki dalam akaun pulak tak cukup nak bayar. Haa acano?
Sebab tu penting asing siap2 bila dapat duit PTPTN tu. Lagi bagus kalau hari yang dapat duit tu, terus settle kan yuran pada hari sama. So tak yah pening2 dah. Baki daripada duit tu kena pandai2 manage bagi cukup belanja sampai hujung sem.
2. Struggle untuk dapat 1st class degree
Mungkin ramai rasa benda ni susah, tapi tak mustahil sebenarnya. Kuncinya memang kena study betul-betul, score tiap kali exam semester.
Lagi bagus kalau setiap sem usaha gila-gila untuk dapat dean list (dekan). InsyaAllah CGPA korang akan maintain cantik sampai habis study. Dan terus layakkan korang untuk dapat first class degree.
Macam mana nak tau first class ke tak? Itu ikut IPT masing2. Sebab memang tak sama. Macam tempat syaz, first class degree dikira CGPA 3.75 ke atas.
3. Mohon pengecualian bayar balik
Kenapa syaz kata kena struggle untuk dapat first class degree? Jawapan dia akan ada dalam point ni. Sebab sesiapa saje first class degree holder, memang akan diberi PENGECUALIAN untuk bayar balik apa yang dipinjam daripada PTPTN.
Tak kira lah korang ambil kos ape pun, tapi bila dapat sijil first class degree daripada IPT sendiri, automatik boleh apply pengecualian bayar balik tu.
Maknanya? Korang memang tak payah bayar walau satu sen pun dekat PTPTN walaupun dah pinjam berpuluh ribu. Dikira macam korang dapat scholar lah. Untung kan?
4. Habiskan study ikut jangka masa dalam perjanjian PTPTN
Haa yang ni antara satu kesilapan syaz buat masa degree dulu. Disebabkan syaz banyak tarik subjek setiap sem, sebab nak habis awal, sekali tak perasan dalam perjanjian PTPTN kena habiskan degree dalam tempoh 8 sem.
Kiranya syaz dah habis degree masa sem ketujuh, satu sem awal daripada perjanjian sepatutnya. Tapi PTPTN tetap masukkan duit dalam akaun jugak masa sem 8 tu, cuma syaz dah tak ada subjek dan tak perlu bayar yuran apa2.
Dan masa tu PTPTN bagi RM8K dalam akaun. Gila tak best dapat duit segebuk macam tu. Lepas tu tak yah fikir nak bayar apa2. Haha!
Tapi syaz bernasib baik sebab syaz transferkan semua duit tu dalam Tabung haji. Kiranya tak terusik laa duit tu.
Sekali bila syaz dah dapat kelulusan pengecualian bayar balik daripada PTPTN, tetiba syaz kena bayar balik RM8K tu. Sebabnya syaz tak ikut perjanjian awal2 dulu. Tapi nasib baik laa duit tu ada lagi. Kalau tak, poning den nak fikir hutang. Haha!
5. Rebut diskaun daripada PTPTN
Bagi yang tak tahu, PTPTN memang ada buat pengurangan atau diskaun bagi kes2 tertentu. Insentif ni berkuatkuasa dari November 2017 sampai Disember 2018.
Antara insentif yang PTPTN bagi adalah:
i. Diskaun 20% untuk penyelesaian penuh keseluruhan baki hutang pinjaman.
ii. Diskaun 10% untuk bayaran sekurang-kurang 50% daripada baki hutang dalam sekali bayaran.
iii. Diskaun 10% untuk bayaran balik melalui potongan gaji atau Direct Debit mengikit Jadual Bayaran Balik (JBB) ditetapkan.
So, bagi siapa yang nak settle kan hutang awal2, boleh laa rebut diskaun 15% tuu sebelum tamat tahun 2017.
6. Penangguhan bayar balik
Peminjam PTPTN wajib start bayar hutang lepas 6 bulan tamat pengajian. So, kalau agak2 dalam tempoh tu masih belum dapat kerja, tak ada income lagi nak buat bayar hutang tu, bole pegi ke mana-mana kiosk atau pejabat PTPTN untuk buat permohonan untuk tangguh dulu.
Nanti staf PTPTN akan terangkan laa apa syarat2 dan borang yang korang kena isi. Kalau takut nama kena blacklist atau tak lepas untuk pegi oversea, baik korang settle kan awal2.
Ok ni je antara tips dan info yang syaz nak bagitau. Kalau nak tahu lagi lanjut, bole bukak website PTPTN
No comments:
Post a Comment