Thursday, 2 November 2017

Tips Hilangkan Jerawat

Assalamualaikum dan salam sejahtera! Terima kasih kerana sudi membaca blog syaz. Entry kali ni syaz akan kongsikan tips menarik tentang CARA HILANGKAN JERAWAT.

Masalah jerawat ni memang sangat biasa berlaku. Tak kira lah pada golongan wanita mahupun lelaki. Banyak faktor yang menyebabkan jerawat tumbuh di wajah kita sebenarnya termasuk faktor persekitaran, hormon, gaya hidup, diet atau pemakanan dan sebagainya.

Jangan risau, syaz akan kongsikan serba sedikit cara untuk hilangkan jerawat tu dengan cepat. Kalau nak tahu, kena lah baca entri ni sampai habis 😄


1. Jangan PICIT jerawat

Syaz tahu ramai yang suka picit bila nampak jerawat kat muka. Betul tak? Tapi tahukah anda bahawa jari kita ni mengandungi bakteria dan kotoran? So bila bakteria terkena jerawat kat muka, tak mustahil jerawat tu akan membiak dan jadi lebih banyak lagi! Takut kan?

So, elakkan picit jerawat dengan jari. Melainkan anda pergi facial, dan beautician tu yang tolong picitkan jerawat anda. Sebab mereka lebih tahu teknik memicit jerawat tanpa meninggalkan parut. Takut bila kita picit sendiri, parut tu akan kekal lama dan hitam!


2. Cuci muka sebelum tidur

Antara punca muka senang tumbuh jerawat sebab kita tidur dalam keadaan muka yang tak bersih. Lebih-lebih lagi selepas kita buat aktiviti di luar atau yang menyebabkan kita berpeluh. Jerawat mudah tumbuh pada permukaan kulit yang berminyak atau terlalu kering. Jangan sesekali tidur dalam keadaan muka bermake up. A big NO!

So, rajinkan diri untuk cuci muka sekurangnya dua kali sehari supaya kulit kita kekal bersih dan hydrated. Masa jerawat naik, lagi lah anda kena rajin cuci muka supaya jerawat mudah kecut dan hilang. Nak cantik, jangan malas!


3. Gunakan ubat jerawat

Dekat farmasi atau drugstore (Watson/ Guardian/ Caring etc) ada banyak jual ubat jerawat yang selamat dan tak berbahaya. Anda boleh refer kepada pharmacist yang ada kat situ.

Kandungan yang ada dalam ubat jerawat ni bantu untuk percepatkan proses kecutkan jerawat yang baru tumbuh. Tapi anda jangan lah expect baru letak ubat sehari, esok jerawat tu terus hilang dari pandangan. Kena sabar dan konsisten letak kat jerawat hari- hari.

Antara ubat jerawat yang selalu dapat testimoni yang positif:

  • Dalacin T
  • Benzac AC
  • OXY 10


4. Makan bawang putih

Dalam proses menghilangkan jerawat, kandungan yang ada dalam bawang putih/ garlic boleh menghapuskan bakteria. Bawang putih bersifat antibakteria, antifungus dan tinggi anti oksidan.

Tapi sanggup ke anda nak makan bawang putih mentah-mentah? Of course la tak lalu kan? Jangan risau, dalam Shaklee kami ada Garlic Complex. 

Garlic complex sangat membantu untuk kecutkan jerawat dengan cepat kerana sifatnya antibakteria. Nak lagi cepat, boleh hancurkan Garlic Complex tu dan letakkan pada jerawat.


 5. Amalkan Vitamin C

Seperti yang ramai tahu, vitamin c sangat bagus untuk kulit. Vitamin c menggalakkan penghasilan kolagen dalam badan. Tapi ramai yang tak tahu bahawa vitamin c juga boleh bantu mengecutkan jerawat dengan cepat. 

Macam syaz, bila jerawat baru tumbuh, automatik syaz akan up kan dose Vita C Shaklee supaya jerawat tu tak sempat nak tumbuh lagi besar. Selalunya sehari dua, akan nampak jerawat tu kecut balik lepas amalkan Vita C. 

Atau kalau syaz lagi rajin, syaz akan buat masker guna Vita C Shaklee tu. Cuma hancurkan dan bancuh dengan air. Lepas tu letak terus kat jerawat tu dalam 20-30 minit. Kalau anda nak buat full masker untuk muka guna Vita C pun tak ade masalah. Sebab Vita C Shaklee memang 100% natural dan selamat.


Sila KLIK SINI untuk dapatkan SET HILANGKAN JERAWAT SHAKLEE.

Ok sekian saja 5 tips dari syaz untuk menghilangkan jerawat di muka. Kalau jerawat anda semakin teruk, syaz nasihatkan untuk anda dapatkan rawatan daripada doktor atau pakar kulit.

Muka kita ni aset tauu. Kena jaga elok-elok. Jangan seksa kulit muka kita dengan bahan- bahan yang berbahaya.

Jika anda ada sebarang pertanyaan atau perlukan konsultasi berkaitan produk Shaklee, boleh hubungi syaz di whatsapp 0132562610.

No comments:

Post a Comment

PELUANG DAPAT BEG GUCCI FREE!

 Assalamualaikum. Hye semua!  Rasa dah lama sangat tak update blog ni. Berhabuk dah. Hehe Syaz nak bagitau korang ni. Sempena ULANGTAHUN SHA...