Wednesday, 11 October 2017

KENAPA PROTEIN PENTING UNTUK KECANTIKAN WANITA?

Memang sudah menjadi fitrah seorang wanita untuk kelihatan sentiasa cantik dan berseri. Tak kira pada usia muda mahupun sudah tua. Namun, semakin kita berusia, semakin banyak kandungan kolagen dan protein yang hilang dalam badan kita dari hari ke hari.

Sebab itu lah pentingnya pengambilan protein dari usia muda lagi. Pengambilan protein yang mencukupi dapat membantu membina dan membaiki otot atau tisu yang rosak. Protein juga berperanan menghasilkan enzim dan hormon, menyokong sistem imun dan mengekalkan tahap tenaga dan stamina yang tinggi.

Protein bukan sahaja signifikan dengan kesihatan tetapi juga kecantikan wanita. Berikut adalah sebab-sebab mengapa protein penting untuk mengekalkan kecantikan wanita:


1. Membantu mengekalkan berat badan ideal

Pengambilan protein yang lebih dan mengurangkan pengambilan karbohidrat dalam diet harian membantu mengurangkan tisu lemak dalam tubuh. Amalan yang berterusan mampu mengekalkan berat badan yang ideal.

2. Protein membantu membakar lebih kalori

Diet yang tinggi protein mencetuskan proses themogenesis yang lebih tinggi berbanding diet tinggi kabohidrat. Thermogenesis adalah proses ketika tubuh badan meningkatkan pengeluaran tenaga. Kandungan protein yang lebih tinggi akan memberi isyarat kepada tubuh untuk membakar lebih banyak kalori sebelum, semasa dan selepas makan.


3. Membuat  anda rasa kenyang dan mengawal rasa lapar

Protein dapat membantu mengawal selera dan memberi rasa kenyang lebih lama berbanding kabohidrat dan lemak. Pengambilan sajian tinggi protein di awal pagi akan mengaktifkan hormon untuk bertindak balas menyekat rasa lapar sepanjang hari.

4. Membantu melambatkan proses penuaan

Seseorang akan kehilangan jisim otot ketika melalui proses penuaan. Bagi memastikan proses penuaan ini tidak menganggu pertumbuhan otot, maka pengambilan protein sangat penting di samping melakukan senaman yang teratur.

5. Bagus untuk kulit

Pengambilan diet yang tinggi dengan asid amino mampu melindungi serta mengurangkan  kesan sinaran uv. Kulit merupakan anggota badan yang paling mudah terdedah kepada sinaran matahari serta uv yang boleh merosakkan kulit. Kulit yang terdedah kepada uv juga boleh menyumbang kepada kanser. Protein juga penting untuk proses regenerasi sel kulit agar sentiasa kelihatan mulus, tegang dan awet muda.

Semua kebaikan protein ini boleh didapati dengan mengamalkan Energizing Soy Protein (ESP) daripada Shaklee setiap hari.

Untuk dapatkan ESP dengan harga istimewa beserta konsultasi percuma daripada syaz, anda boleh hubungi syaz melalui


  • Whatsapp 013-2562610 atau
  • Beli online di laman web Shaklee www.shaklee2u.com.my
  • Walk in ke branch Shaklee yang berhampiran dengan anda (boleh gunakan ID syaz: 1228204)





No comments:

Post a Comment

PELUANG DAPAT BEG GUCCI FREE!

 Assalamualaikum. Hye semua!  Rasa dah lama sangat tak update blog ni. Berhabuk dah. Hehe Syaz nak bagitau korang ni. Sempena ULANGTAHUN SHA...